Pages
Blog ini akan dipelbagaikan barangan nya.Barang- barang dari Terengganu akan ditambah dari masa kesemasa.Urusniaga utama sekarang adalah membekal Baju T muslimah secara borong dan runcit.
01 February 2012
Hati-hati pilih taska
Awasi perubahan anak
Oleh ZUHAYATI YAZID
AWASILAH karakter anak-anak kita. Sekiranya dia takut atau menangis sebelum ke Taska itu adalah satu petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada pusat asuhan tersebut."
Itu nasihat Pensyarah Kanan Kaunseling keluarga dan Perkahwinan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani.
Katanya, kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan fitrah tidak pandai berbohong. Justeru, setiap perlakuan yang terzahir daripada mereka itu adalah yang sebenar.
Dalam situasi sedemikian, ibu bapa perlu bertindak segera kerana keadaan negatif yang dilalui boleh membentuk personaliti seseorang itu.
"Sebab itu, kita sebagai ibu bapa perlu awasi perkembangan mereka. Keadaan negatif ini jika dibiarkan akan mempengaruhi pembentukan personaliti diri dan anak-anak boleh membesar dalam ketidaksempurnaan,'' ujarnya.
Bagi kanak-kanak yang membesar dalam suasana yang tidak selesa pastinya ia akan mempengaruhi kehidupan mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang sering didera atau berada dalam ketakutan akan membesar menjadi seorang yang tidak berkeyakinan dan penakut.
"Sebab itu, kita tidak boleh membiarkan persekitaran anak-anak tersekat. Ia sekali gus membantut perkembangan anak-anak. Sedangkan Taska adalah sekolah pertama tempat mereka belajar,'' ujar Dr. Saedah.
Bagi kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa, ibu bapa perlu bertindak mengawasi pergerakan mereka .
Malah tidak menjadi kesalahan kepada ibu bapa untuk membuat lawatan di Taska anak-anak mereka. Sselain itu cuba berkongsi pengalaman dengan kanak-kanak yang lebih besar.
"Keadaan ini sebenarnya akan membentuk personaliti dirinya malah pengalaman yang tidak sempurna itu meninggalkan kesan-kesan terhadap personaliti individu yang kekal. Contohnya, kekurangan kemesraan antara penjaga ketika awal kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak.
"Malah kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi dalam keseluruhan konteks kebudayaan di persekitaran kanak-kanak dan faktor-faktor lain yang dilalui kanak-kanak penting dalam menentukan pola-pola personalitinya,'' terangnya.
Katanya lagi, dalam pembentukan personaliti kanak-kanak, keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan ke atas perkembangan personaliti individu.
Keluarga katanya, yang berfungsi sebagai transmitter atau penyebar utama pengetahuan, sikap, nilai, moral, prinsip, tabiat dan cara berfikir serta bertingkah laku akan memberi kesan terhadap perkembangan personaliti individu.
Ia katanya, akan dipindahkan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
"Proses ini berlaku melalui kata-kata dan contoh tingkah laku, dimana keluarga membentuk personaliti dan mengekalkan mod atau cara berfikir, cara berkelakuan yang kemudiannya menjadi tabiat.
"Perkara itu turut dipelajari di Taska di mana sebahagian masanya di habiskan di sana.
"Sekiranya di Taska mereka tidak didedahkan dengan cara-cara yang poisitif dan betul maka mereka mudah untuk bertingkah laku negatif," jelas Dr. Saedah.
Subscribe to:
Posts (Atom)