Blog ini akan dipelbagaikan barangan nya.Barang- barang dari Terengganu akan ditambah dari masa kesemasa.Urusniaga utama sekarang adalah membekal Baju T muslimah secara borong dan runcit.

29 March 2012

wanita...



"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)

sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
(Mutafaq 'alaih)

wanita, 

Jadilah perhiasan dunia, 
yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. 
Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, 
maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. 
Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, 
menjadikan dirimu disenangi segala makhluk dan juga Al-Khaliq. 
Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, 
sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, 
destinasinya menuju ke akhirat sana. 

jom menjadi solehah..agar melahirkan lebih ramai soleh dan solehah..

sumber : halaqah.net